Skip to main content

Peraduan Kuiz Hari Kebangsaan

Webmaster
23 December 2024

20 Ogos - Biro Pembangunan Insan MSAJ telah menganjurkan Peraduan Kuiz Hari Kebangsaan secara atas talian melalui platform Quizizz. Program yang berlangsung dari jam 8:00 hingga 9:00 malam ini diketuai oleh Abbas Sufian dan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.


Peraduan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan pengetahuan pelajar Malaysia di Jepun mengenai sejarah kemerdekaan, budaya, serta pencapaian negara. Kuiz ini diadakan dalam tiga pusingan - pusingan awal, separuh akhir, dan akhir - dengan penyertaan seramai 18 orang. Peserta terdiri daripada pelajar tahun dua sehingga individu yang sedang bekerja di Jepun, menjadikan acara ini satu platform yang pelbagai. Pemenang tempat teratas menerima hadiah dalam bentuk kad hadiah, dan maklum balas peserta sangat positif. Soalan yang mencabar serta peluang untuk merujuk internet menjadikan pengalaman kuiz ini seronok dan mendidik.


Diharapkan program ini terus mengukuhkan rasa cinta dan bangga terhadap negara, meskipun kita berada di perantauan.

Last modified on 23 December 2024 2:18 PM

Latest Articles

03 June 2026

Strengthening Bonds Abroad: MSAJ Kansai Potluck Raya Gathering

KYOTO GYOEN NATIONAL GARDEN, 12th April 2026 – In celebration of Hari Raya Aidilfitri, MSAJ Kansai successfully organized the anticipated Raya gathering aimed at bringing together the Malaysian stu...
08 April 2025

RYUKATSU - マレーシア学生の募集

今回はマレーシア理系留学生に合う求人をご紹介します。 ポジションがどんどん埋まってしまいますので、ご興味がありましたら、早めのエントリーがオススメです!   ーーーーーーー ①世界を支える精密機械メーカー!未来を回せるエンジニアを募集 【KEY POINT】積極的にグローバル展開している企業、マレーシア出身の社員は10年近く勤務経験あり~       外国人後輩のチューターとして...
03 November 2025

“From Malaysia to the World: Youth Rooted and Rising,” the MSGA Youth Dialogue

Japan, 1 November — The Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) participated in the engaging MSGA Youth Dialogue 2025, an international forum organized by the Malaysian Students Global Alli...