Skip to main content

Penyertaan Pelajar Malaysia di Jepun ke Program Cakna MADANI bersama YAB Perdana Menteri

Muhamad Firdaus Ali
18 June 2023

BANGI, 13 Jun - Selasa lepas, pelajar Malaysia di Jepun yang berada di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menghadiri Program Cakna Madani YAB Perdana Menteri bersama Pelajar Tajaan JPA di Institusi Pendidikan Tinggi.

Program ini telah disertai oleh lebih 80 orang pelajar tajaan JPA di Jepun melalui aplikasi Zoom, dan bakinya menyertainya secara lintas langsung di halaman Facebook JPA.

Dalam sesi dialog ini, seorang pelajar Malaysia di Jepun, saudara Wan Muhammad Eikram bin Wan Mohamad Asri dari Mie University telah diberi peluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Soalan beliau berbunyi, "Ketidakstabilan geopolitik antara kuasa-kuasa besar, sedikit sebanyak telah memberi impak kepada generasi muda untuk menongkah arus dalam mendepani cabaran masa hadapan. Jadi YAB Dato' Seri, apakah halatuju tertiari di bawah pimpinan Dato' Seri dalam mendepani cabaran ini?"

Perdana Menteri memulakan respons beliau dengan berseloroh dan seterusnya memberikan jawapan tuntas terhadap pertanyaan saudara Eikram.

Wacana ini juga menyaksikan pengumuman khas Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup (ESH) Pelajar Tajaan JPA sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar tajaan di Dalam Negara, dan 15% sebulan untuk pelajar tajaan di Luar Negara.

Seluruh warga Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) menyambut baik hasrat Kerajaan bagi meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar tajaan di luar negara melihatkan situasi pasaran matawang dolar Amerika mengukuh berbanding Ringgit Malaysia pada ketika kini.

Rakaman sesi ini juga boleh ditonton di laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.


Malaysia MADANI adalah ikhtiar Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri ke-10 bagi mencapai urustadbir yang baik, pembangunan lestari dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Last modified on 18 June 2023 6:05 AM

Latest Articles

02 July 2024

Volunteering at Chiba Islamic Cultural Center

CHIBA, 15 June - 15 volunteers from the Kantou region of Japan came together to carry out a volunteering activity at the Chiba Islamic Cultural Center (CICC) in Chiba. The day started with an openi...
02 July 2025

Career Fair 2025 Student Registration

Calling all Malaysian students in Japan! Don't miss your chance to be part of the MSAJ Career Fair 2025; a platform to explore career opportunities, connect with companies, and take the next step ...
04 August 2025

Sesi Networking Dinner di Osaka bersama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Osaka, 23 Julai – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Kansai telah memenuhi jemputan ke majlis makan malam bersama-sama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (K...