Skip to main content

Pertemuan Antara Pengarah Education Malaysia Beijing dan Pelajar Malaysia di Jepun: Membina Jaringan Rentas Sempadan

'Ariqah Sarah
04 August 2024

HIKONE, 28 Julai - Ahad lalu, Encik Muhammad Sallehuddin, Pengarah Education Malaysia Beijing (EMB) yang tiba di Jepun bersempena program JASSO Education Fair 2024, mengambil peluang untuk berkunjung ke Hikone, Shiga bagi meluangkan masa dan menyantuni pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana. Perjumpaan yang diadakan di restoran Sushi Ginzui itu dihadiri 7 orang pelajar Shiga University yang terdiri daripada pelajar tahun 2 sehingga tahun 4.  

Encik Salehuddin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan Education Malaysia Beijing yang merupakan salah satu daripada 12 pejabat Education Malaysia di seluruh dunia. Education Malaysia ialah agensi di bawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab mempromosikan kerjasama pendidikan di antara Malaysia dan China, Jepun, Russia dan lain-lain. Beliau turut menasihatkan pelajar Malaysia di Jepun untuk mendaftarkan diri dalam sistem MyData yang dirangka oleh Education Malaysia bagi tujuan pengumpulan data pelajar-pelajar Malaysia di Jepun. 

Bual bicara dua hala dalam pertemuan selama dua jam setengah itu menyaksikan perbincangan mengenai pelbagai topik, termasuklah budaya pelajar Malaysia di luar negara, pengalaman kerjaya Encik Sallehudin dalam pelbagai cabang perkhidmatan awam, serta isu-isu semasa. Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ), saudara Firdaus turut mengambil peluang untuk menerangkan tentang struktur organisasi MSAJ dan program-program yang dilaksanakan oleh MSAJ sepanjang tahun. 

Pada sesi berasingan, Encik Sallehuddin turut mewakili EMB dalam menyampaikan sumbangan Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM 5,000 bagi membantu perjalanan pelaksanaan program MSAJ pada tahun 2024.

Semoga pertemuan kali ini menjadi pemangkin untuk membentuk jaringan yang kukuh antara MSAJ dan Education Malaysia selain menjadi wadah pertukaran pelbagai informasi bermanfaat.

Last modified on 28 December 2024 11:02 AM

Latest Articles

02 October 2024

MSAJ Career Fair 2024: Pemangkin Pelajar Merintis Kerjaya Impian

TOKYO, 14-15 September - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan jayanya telah menganjurkan Career Fair 2024 yang berlangsung selama dua hari di The University of Tokyo. Progr...
08 April 2025

RYUKATSU - マレーシア学生の募集

今回はマレーシア理系留学生に合う求人をご紹介します。 ポジションがどんどん埋まってしまいますので、ご興味がありましたら、早めのエントリーがオススメです!   ーーーーーーー ①世界を支える精密機械メーカー!未来を回せるエンジニアを募集 【KEY POINT】積極的にグローバル展開している企業、マレーシア出身の社員は10年近く勤務経験あり~       外国人後輩のチューターとして...
30 August 2025

MSAJ Serenity Hour with Qur’an: Tadarus & Tadabbur 2025

March — In conjunction with Ramadan 2025, the People Development Bureau of the Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) organized a spiritual program entitled Serenity Hour with Qur’an: Tada...