Skip to main content

Lawatan Kerajaan Negeri Selangor ke Osaka

'Ariqah Sarah
23 December 2024

OSAKA, 7 Oktober - Isnin lalu, delegasi Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Yang Berhormat (Y.B.) Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Selangor, mengambil peluang menyantuni pelajar-pelajar Malaysia di Jepun sambil mengadakan lawatan kerja di sini.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengadakan penandaarasan atau 'benchmarking' berdasarkan inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan Jepun berkenaan polisi kebajikan masyarakat. Perjumpaan yang diadakan di restoran Halal Washoku Minori itu dihadiri oleh 16 orang pelajar yang datang dari pelbagai universiti sekitar wilayah Kansai serta ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Malaysia di Jepun (MSAJ). Delegasi Kerajaan Negeri Selangor pula terdiri daripada Y.B. Anfaal Saari, Y.B. Danial Al-Rashid (ADUN Batu Tiga), serta ketua-ketua agensi Kerajaan Negeri Selangor seperti Warisan Anak Selangor, Wanita Berdaya Selangor dan lain-lain.

Presiden MSAJ, saudara Muhamad Firdaus membuka majlis dengan kata alu-aluan sebelum majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan dialog bersama para pelajar. Pertemuan ini telah membuka ruang kepada para pelajar untuk mengikut rapat inisiatif semasa yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor. Selain itu, para pelajar turut dapat memanfaatkan pertemuan ini sebagai wahana perkongsian buah fikiran hasil pemerhatian dan pengalaman sepanjang di Jepun.

Selaku ahli politik yang bergiat aktif dalam memperjuangkan pemberdayaan wanita (women empowerment), Y.B. Anfaal Saari turut meminta ucapan daripada mahasiswi sebelum majlis melabuhkan tirai. Saudari 'Ariqah Sarah, penuntut tahun kedua Shiga University telah memberikan sepatah dua kata selain perkongsian secara langsung berkenaan konsep 'Barrier Free' yang dilaksanakan di Jepun. Polisi yang diperkenalkan sejak 2006 ini mempromosikan aksesibiliti dan 'universal design' dalam pembinaan infrastuktur, seperti koc tren dan lampu isyarat berbunyi agar semua lapisan masyarakat dapat menjalani kehidupan yang selesa serta melibatkan diri dalam kegiatan sosial.

Diharapkan agar kesemua delegasi dapat merealisasikan aspirasi yang diimpikan melalui lawatan ini sekaligus memberikan sinar baharu demi kemaslahatan masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya.

Last modified on 22 August 2025 1:16 AM

Latest Articles

02 May 2026

Nemophila in Bloom: MSAJ Kanto Celebrate Ibaraki Beraya

HITACHI SEASIDE PARK, 18th April 2026 – In celebration of the conclusion of Syawal, Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) of the Kanto region hosted a successful potluck gathering at the ...
17 July 2026

Malaysians Brought Together At Hokuriku Family Day

SAKAI, 27 June 2026 – The Malaysian Students' Association in Japan (MSAJ) Hokuriku Region successfully organized Hokuriku Family Day 2026 at Takekurabe Plaza, Fukui Prefecture, bringing together 38...
19 May 2024

Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF)

KYOTO, 25 April- Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF), merangkap ahli parlimen Machang dan juga mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah diadakan di Rest...