Skip to main content

Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF)

Webmaster
19 May 2024

KYOTO, 25 April- Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF), merangkap ahli parlimen Machang dan juga mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah diadakan di Restoran Matahari Padang, Kyoto.

 Melalui program ini, YB WAF berkongsi mengenai pengalaman beliau menyambung pelajaran di Australia dahulu sambil menyentuh soal kehidupan pelajar di luar negara, terutamanya tentang tanggungjawab untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara. Program tersebut yang telah diadakan secara tidak formal, memberi peluang kepada para pelajar untuk mendekati dan beramah mesra bersama YB WAF. Salah seorang pelajar yang mengikuti program ini, Ahmad Darwish, Pelajar Tahun 3 di Kobe Universiti meluahkan rasa bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berjumpa YB WAF. “Saya dapat menyemarakkan kembali semangat jati diri serta memperoleh pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk digunakan di masa hadapan. Saya berharap agar saya diberikan lagi peluang untuk menimba ilmu melalui program-program sedemikian.” katanya.

 Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dapat mengutarakan pendapat, malah menilai sesuatu perkara dari sudut pandang yang lain. Diharapkan para pelajar Malaysia di Jepun dapat membina jati diri yang lebih kukuh serta membuka minda mengenai isu-isu yang dihadapi dalam kehidupan seharian dan sentiasa bersemangat kental untuk menghadapi cabaran hidup.

 

Last modified on 27 May 2024 1:39 PM

Latest Articles

12 May 2025

MSAJ Career Fair 2025 Pre-event Survey

MSAJ is back with our annual Career Fair! The details are as follows:Date : 17th of August 2025Day : SundayTime : 11:00 - 17:00 JSTVenue : Tokyo Metropolitan Industrial Trade Center TaitouHere we k...
03 November 2025

“From Malaysia to the World: Youth Rooted and Rising,” the MSGA Youth Dialogue

Japan, 1 November — The Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) participated in the engaging MSGA Youth Dialogue 2025, an international forum organized by the Malaysian Students Global Alli...
23 September 2026

Kanto Summer Game 2026

HIRATSUKA, 8 Ogos 2026 – MSAJ Kanto telah berjaya menganjurkan Kanto Summer Game 2026 di Hiratsuka Beach Park, Kanagawa, dengan kerjasama IMAN Jepun serta tajaan daripada PPL Jepun. Program ini dia...