Skip to main content

Senyuman di Bumi Fukui: Harmoni di Bawah Pohon Daun Senja

Webmaster
05 December 2025

FUKUI, 15 November – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Hokuriku telah mengadakan program Hokuriku Autumn Pot-luck di Fukui Prefectural Green Center, Sakai, Fukui.

Program ini merupakan hasil usaha semua ahli aktif MSAJ bagi wilayah Hokuriku yang diketuai oleh saudari Najwa Allyya, Pengerusi Wilayah Hokuriku. Hokuriku Autumn Potluck Gathering disertai oleh 48 peserta dari sekitar wilayah Hokuriku dalam satu program penuh mesra, bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar dan komuniti Malaysia di wilayah barat laut Jepun tengah.

Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan diri, di mana semua urusetia dan peserta mengambil peluang untuk berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesi ini juga memberi peluang untuk para peserta yang sudah berkenalan bersatu semula selepas sekian lama.

Acara diteruskan dengan sesi menjamu selera juadah yang disediakan oleh pihak urusetia dan para peserta. Antara hidangan yang disediakan ialah Nasi tomato, kek batik, karipap, roti jala, bergedil and pelbagai lagi jenis hidangan pencuci mulut yang menarik perhatian. 

Sambil mengisi masa lapang, pihak urusetia turut mengadakan beberapa permainan untuk memeriahkan lagi perjumpaan ini. Antara permainan yang diadakan ialah 'Simon Says' dan ‘ I love you, I hate you’ yang amat mencabar minda para peserta. Hadiah-hadiah daripada pihak MSAJ turut dibawa pulang oleh tiga peserta yang berjaya melepasi permainan-permainan yang dianjurkan.

Para peserta juga bebas bersiar-siar di sekitar kawasan majlis sambil menikmati keindahan pemandangan musim luruh Jepun.

Last modified on 05 December 2025 1:24 AM

Latest Articles

18 June 2023

Penyertaan Pelajar Malaysia di Jepun ke Program Cakna MADANI bersama YAB Perdana Menteri

BANGI, 13 Jun - Selasa lepas, pelajar Malaysia di Jepun yang berada di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menghadiri Program Cakna Madani YAB Perdana Menteri bersama Pelajar Tajaan JPA di...
18 June 2025

REERACOEN Free Webinar: Is It Me or The Market? - Why Jobs Offers Aren't Coming Through

You’ve sent 20 applications. Been to 5 interviews. Still no offer, why? You’re trying your best, polishing your resume, preparing for every interview… but somehow, the offer never comes. Is it you...
25 December 2025

Malaysia's Nostalgic Rhythms of the 1960s and the Vibrant Tunes of the 1990s Echoed at Malaysian Night 2025, Tokyo

TOKYO, 21 December – This year, Malaysian Night, titled Semarak Senja, draws inspiration from the elegant and romantic golden age of Malay cinema, particularly the iconic era of P. Ramlee and Salom...